Azmeer menanti jawapan kelab

Kuala Lumpur: Bekas pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof mungkin akan mewarnai semula kancah bola sepak tempatan musim depan selepas memutvskan untuk bersara hampir setahun lalu.

Pertahanan kiri berusia 31 tahun itu mend3dahkan dia ada menerima tawaran daripada pasukan bagi musim depan dan tidak mengenakan seb4rang bayaran.

Bagaimanapun pemain berasal dari Kuala Lumpur itu masih menunggu kata pu-tus daripada pasukan berken4an yang belum membuat keputusan muktamad.

“Saya masih menunggu keputusan anda. Saya dah tawarkan khidmat saya untuk pasukan anda tahun depan tanpa seb4rang bayaran kepada saya. Satu sen pun saya tak nak. Saya ikhlas untuk membantu pasukan anda,” tulisnya dalam hantaran terbaharu dalam Facebook Story.

Azmeer memberitahu, dia turvt menerima tawaran daripada pasukan lain tetapi masih memberi keutamaan kepada kelab terbabit.

“Tolong beritahu secepat mungkin keputusan anda. Jika anda berasakan saya tidak bagus lagi, tolong bawa saya ke pusat latihan anda. Saya akan tunjukkan anda betapa bagusnya saya.

“Ini bukan riak, tapi semangat saya untuk membantu pasukan anda selain bantu pasukan anda yang tidak perlu membayar gaji kepada seorang pemain,” katanya.

Sepanjang 12 tahun karier dalam Liga Malaysia, Azmeer pernah ber4ksi dengan Kuala Lumpur (2008, 2017-2018), Proton (2009), Perak (2010-2011, 2014-2015), Negeri Sembilan (2012), ATM (2015) dan Kedah (2016, 2019-2020).

Selepas bersara hujung tahun lalu, Azmeer giat menjalankan beberapa perniagaan di Alor Setar termasuk kedai gunting rambut selain membuka pusat pengajian bagi kelas mengaji al-Quran secara percuma.

Sumber : HM