Beliau mengecam perkara itu

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) menepis dakwaan tidak berasas mengenai kegag4lan kelab terbabit melunaskan bayaran perpindahan pemain membabitkan Akhyar Rashid.

Jelas Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengecam skuad Harimau Selatan tidak membayar pampasan perpindahan pemain adalah tidak tepat.

Menurutnya, pihaknya pernah mengeluarkan cek bernilai RM100,000 pada 31 Disember 2018 selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahkan JDT untuk membayar yuran pembangunan sebanyak RM75,000.

Namun katanya, KFA memulangkan kembali cek berken4an kerana mahu mengheret isu terbabit ke Mahkamah Timbang Tara.

Untuk rekod, FAM memutvskan bahawa yuran pembangunan pemain sebanyak RM75,000 perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang menandatangani Akhyar Rashid selepas pemain itu menam4tkan kontraknya dengan Kedah.

“JDT bersetuju untuk membayar lebih dan sudah mengeluarkan sekeping cek kepada Kedah sebanyak RM100,000 pada 31 Disember 2018. Cek ini bagaimanapun dipulangkan oleh Kedah kerana mereka mahu membuat rayuan berken4an perkara ini,” katanya.

Ujarnya lagi, Mahkamah Timbang Tara kemudiannya membuat keputusan bahawa yuran pembangunan itu tidak diperlukan dan membatalkan keputusan yang dibuat oleh FAM.

“Tidak ada keputusan selanjutnya atau tuntutan yang dilakukan Kedah terhadap JDT. Niat kami adalah jelas dan kami ingin menasih4ti Presiden Kedah FA yang juga Menteri Besar supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas”.

Terdahulu, Sanusi mendedahkan juara Liga Super lapan kali berturvt-turvt itu masih gag4l menjelaskan bayaran pampasan perpindahan pemain yang akhirnya sekadar memanaskan bangku simpanan hingga menjej4skan prestasi pemain berken4an.

Sumber : HM