Bola Terkena Kaki

Kuala Terengganu: Pertahanan tengah Terengganu FC (TFC) Muhammad Mohd Fauzi memohon maaf kepada peminat setia skuad Penyu dan pasukannya susulan jaringan sendiri ketika aksi Liga Super bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Jumaat lalu.

Kata pemain berusia 25 tahun itu, dia tidak menduga usahanya untuk menyelamatkan bola hantaran pemain lawan, Rabih Ataya terkena kakinya sebelum bola bergolek masuk ke gawang sendiri yang gagal diselamatkan penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin.

“Selepas gol sendiri ketika bertemu pasukan itu (KDA) saya rasa ‘down’ sangat..sambil fikiran kepada peminat setia dan rakan sepasukan sebab kami perlukan jaringan awal.

“Lagipun kami memang sasarkan untuk merakamkan kemenangan dan bukannya seri selepas tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

“Selepas terlalu kec3wa, saya kuatkan mental untuk tebus semula kesilapan yang dilakukan pada separuh masa pertama, saya begitu gembira kerana kami berjaya bangkit membvru kemenangan 2-1 pada babak kedua selepas ketinggalan.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan kerana memberikan motivasi selain merekapun tidak patah semangat sebaliknya bermain bersungguh-sungguh sehingga minit terakhir perlawanan, begitu juga kedua ibu bapa yang sentiasa mendoakan biarpun tidak dapat hadir ke stadium,” katanya.

Muhammad yang pernah berguru tiga bulan dalam Liga Perdana Queensland, Australia bersama skuad Harimau Muda A ketika berusia 18 tahun pada 2014 berikrar tidak mahu mengulangi kesilapan sama pada aksi seterusnya kerana begitu per!t untuk ditelan.

“Jika sekali lagi diberi peluang terutama bertemu KL City FC pada Jumaat ini di tempat sendiri sudah tentu saya mahu memperagakan aksi lebih bertenaga terutama dengan kehadiran semula para penyokong buat kali pertama musim ini,” katanya yang sudah beraksi sebanyak tiga perlawanan musim ini.

Dalam perlawanan kelapan itu, pemain berusia 20 tahun, Muhammad Azam Azmi Murad muncul wira pasukannya apabila meledak gol kemenangan skuad Penyu selepas gol pertama dihasilkan penyer4ng import kelahiran Brazil, David Da Silva melalui sepakan penalti.

TFC yang kini mengutip 15 mata hasil daripada lapan perlawanan menghuni di tangga ketiga carta Liga Super di belakang KDA FC yang mengutip 16 mata manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) gah di persada liga dengan 20 mata.

Sumber : HM