Dollah terperangkap

KUALA LUMPUR: Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh berd3pan detik cemas apabila terperangkap dalam bencana banjir yang melanda Kuantan, Ahad lalu.

Kejadian ketika beliau yang dalam perjalanan pulang ke ibu negara melalui jalan berdekatan Sungai Soi, Kuantan di mana paras air di situ naik secara tiba-tiba hingga memaksa dia dan seorang rakannya keluar daripada kereta dipandu.

Meskipun kereta yang dipandunya ros4k teruk kerana dinaiki air, namun dia tetap bersyukur sempat menyel4matkan diri dalam ins!den itu.

“Pada mulanya saya redah sahaja jalan di Tanjung Lumpur sebelum laluan kedua berdekatan Sungai Soi. Laluan simpang ke arah Pekan yang pada mulanya nampak macam tiada apa-apa, jadi saya meneruskan perjalanan macam biasa.

“Tetapi tidak sangka makin lama air makin dalam hingga memasuki kereta, dan kami tidak dapat berbuat apa-apa langsung selepas itu. Nasib baik ada orang awam lain yang datang membantu.

“Saya duduk sana dari jam 6 petang hingga 11 malam baru ada orang datang tunda kereta, dan saya boleh cakap kereta memang musnah sepenuhnya,” katanya.

Selain itu, antara yang turvt sama terk3san dengan kejadian banjir adalah keluarga penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid selepas rumahnya di Kuantan dinaiki air sejak dua hari lalu.

Pemain berusia 32 tahun yang bersama skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF di Singapura mengakui h4tinya tidak tenteram tatkala situasi banjir yang kian membimbangkan tempoh hari apat4h lagi berada jauh dari keluarga.

Namun, perkhabaran terkini daripada adik beradik memberi sedikit kelegaan selepas semua ahli keluarga termasuk ibunya sudah berpindah ke tempat yang lebih selam4t dan paras air juga semakin surut.

“Memang rasa tidak senang h4ti bila fikir keadaan mereka dekat Kuantan, dan saya pula jauh. Jadi hanya menunggu perkhabaran daripada adik-beradik sahaja untuk tahu apa yang berlaku.

“Alhamdulillah semua dalam keadaan baik, dan sekarang semua tengah bergotong-royong membersihkan rumah. Tiada barang berharga yang musnah, cuma motosikal yang saya tumpangkan di rumah kawan di Kuala Lumpur pula tenggelam.

“Rasanya bulan ini penuh dugaan dengan saya positif c0v-id-19 sebelum ini dan dengan ditimpa bencana seperti ini pula, tapi Alhamdulillah semuanya beransur pulih”, katanya.

Sumber – BH