Gawang Sabah FC dijangka kebal

Kota Kinabalu: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia musim ini.

Sabah FC menges4hkan perkara itu menerusi perkongsian di laman sosial rasmi Facebooknya hari ini.

“Khairul Fahmi Che Mat is a Rhino! Welcome to the Land Below The Wind Bosku! (Khairul Fahmi kini skuad Sang Badak! Selamat datang ke Negeri di Bawah Bayu),” menurut perkongsian itu.

Sementara itu, jurucakap Sabah FC ketika dihubungi turvt menges4hkan perkara tersebut dan pihaknya akan memberikan maklumat lebih terperinci sedikit masa lagi.

Khairul Fahmi, 32, bekas penjaga gol Mel4ka United antara tonggak skuad Harimau Malaya dikendalikan Datuk Ong Kim Swee, kini ketua jurulatih Sabah FC, yang mempertahankan pingat emas bola sepak pada pentas Sukan Sea 2011.

Selain Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek, tiga pemain kebangsaan iaitu perancang tengah Baddrol Bakhtiar, serta pemain pertahanan Dominic Tan dan Rizal Ghazali juga menyertai skuad kendalian Kim Swee musim ini.

Sumber – HM