Hasrat Zaquan bersama Skuad Jang

SEREMBAN: Biarpun belum menandatangani kontrak yang baharu, kapten pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) musim ini, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak hampir pasti kekal bersama pasukan itu bagi mengharungi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mengesahkan perkembangan itu, Zaquan Adha berkata setakat ini beliau belum menandatangani kontrak baharu dengan NSFC selepas kontrak musim ini berakhir pada 30 November lalu.

“Sehingga kini saya belum lagi menandatangani kontrak baharu dengan NSFC kerana ada beberapa perkara yang masih dalam perbincangan dengan pengurusan pasukan. Namun, dari segi keputusan lisan, memang saya berhasrat untuk terus kekal bersama Negeri Sembilan bagi musim depan,” katanya di sini, hari ini.

Zaquan Adha yang juga bekas pemain kebangsaan itu berkata minatnya untuk terus kekal bersama skuad Hobin Jang Hobin kerana mahu membantu skuad negeri kelahirannya itu mengulangi reputasi cemerlang yang pernah dicapai sebelum ini.

“Kejayaan memenangi trofi Liga Perdana musim ini adalah permulaan yang baik untuk Negeri Sembilan kembali b4ngkit dalam liga tempatan.Tambahan pula, sa!ngan Liga Super yang bakal dihadapi musim depan lebih mencab4r.

“Saya mahu memberikan sumbangan lebih baik kepada pasukan bagi memastikan Negeri Sembilan mampu bersa!ng serta mencatat kejayaan,” katanya.

Zaquan Adha berkata beliau memberi ruang kepada pengurusan pasukan menguruskan perbincangan terlebih dulu dengan beberapa pemain lain berbanding dirinya.

“Saya bagi memberi ruang kepada pengurusan menyelesaikan dulu dengan beberapa pemain musim ini yang akan dikekalkan dalam pasukan. Saya rasa bertanggungjawab dengan rakan yang lain agar persetujuan yang dicapai antara kedua-dua pihak memuaskan dan dalam suasana harmoni,” katanya.

Difahamkan terdapat lapan pemain musim ini yang dijangka dikekalkan bagi menghadapi musim depan.

Sumber : BH