Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga

IPOH: Rizal Ali Naizali meletak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC.

Ahli perniagaan itu berkata, peletakan jawatan beliau berkuatkuasa hari ini.

“Saya melepaskan jawatan sebagai CEO Perak FC dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku terhadap pasukan.

“Dengan peletakan jawatan ini, saya membuka laluan kepada orang lain untuk menerajui Perak FC,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN