Indonesia mudah benam Singpura

Kuala Lumpur: Indonesia melangkah ke perlaw4nan akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2020 selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Singapura, yang ber4ksi dengan lapan pemain pada 4ksi separuh akhir kedua penuh dramatik, malam tadi.

Keputusan itu meny4ksikan skuad Garuda mara dengan keputusan agregat 5-3, sekali gus mencerahkan misi mereka untuk merangkul kejuaraan Piala AFF pertama, selepas gag4l dalam lima percub4an di pentas final sebelum ini.

Pada 4ksi di Stadium Nasional Singapura yang berlanjutan hingga 120 minit masa permainan, Singapura mengharungi permainan itu dengan sembilan pemain selepas Safuwan Baharudin dan Irfan Fandi diperintah keluar padang masing-masing pada minit ke-45 dan ke-66.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya Indonesia untuk mendapatkan dua gol pada masa tambahan menerusi jaringan sendiri Shawal Anuar pada minit ke-91, sebelum Egy Maulana meled4k gol keempat pada minit ke-105 untuk menges4hkan kemenangan pasukan.

Terdahulu, 4ksi dramatik itu bermula seawal minit ke-11 selepas Ezra Walian meletakkan Indonesia di hadapan dan jaringan itu mengubah tempo permainan menjadi lebih pantas sebelum Singapura menerima padah apabila Safuwan menerima kad kuning keduanya pada penghujung babak pertama.

Keputusan pengadil Kassem Matar Al-Hatmi dari Oman itu tidak mematahkan semangat Singapura yang menyamakan kedudukan sejurus Safuwan melangkah keluar dari padang, menerusi pemain sayap Song Ui-yong berpunc4 dari sepakan percuma.

Babak kedua meny4ksikan perlaw4nan bertambah panas dan Singapura semakin tertek4n selepas Irfan dilay4ngkan kad merah kerana menyiku pemain law4n, namun selang lapan minit kemudian Singapura berjaya mendahului 2-1 menerusi sepakan percuma yang cukup men4rik dari Shahdan Sulaiman pada minit ke-74.

Seakan kemenangan berpihak Singapura untuk mara ke final buat kali pertama sejak 2012, pemain gantian Pratama Arhan muncul watak pemusnah apabila menyamakan kedudukan 2-2 buat Indonesia pada minit ke-88, sebelum beliau kemudian memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

Namun, k3sempatan itu gag4l dimanfaatkan sepenuhnya Singapura selepas sepakan Faris Ramli berjaya diselam4tkan penjaga gol Nadeo Argawinata pada minit ke-89, sekali gus meny4ksikan keputusan ter!kat 2-2 dalam 90 minit permainan sebenar.

Pada 30 minit masa tambahan, jaringan sendiri Shawal dan gol Egy menafikan peluang Singapura ke final sebelum skuad bimbingan Tatsuma Yoshida dipaksa bermain dengan lapan pemain, selepas penjaga gol Hassan Sunny dilayakan kad merah kerana kekas4ran di luar kotak penalti.

Menanti Indonesia di bawah kendalian Shin Tae-yong di pentas final adalah antara Thailand dan juara bert4han Vietnam yang akan ber4ksi dalam satu lagi perlaw4nan separuh akhir kedua di venue sama, malam ini dengan kelebihan kepada Thailand selepas merakam kemenangan 2-0 pada 4ksi pertama, Khamis lalu.

Sumber – HM