JDT lubuk naturalisasi

Selepas pasukan JDT membuat pengumuman membawa masuk Shane Lowry dari Australia sebagai pemain terbaharu mereka, ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya perancangan yang mahu dilakukan oleh kelab itu terutamanya penyokong JDT sendiri.

Mungkin untuk memberikan sedikit gambaran lebih jelas mengenai perancangan kelab berkaitan pemain-pemain dalam pasukan, TMJ telah mendedahkan perancangan yang sudah diatur untuk pasukan JDT selepas ini melalui komen di laman sosial rasmi kelab sebentar tadi.

“(Shane Lowry) Partner dengan Mauricio untuk ACL. Apabila liga bermula dia back up Mauricio jikalau ada apa-apa berlaku atau kecederaan kita masih ada foreign defender.”

“Hong Wan dari Wolverhampton report untuk tempat Haris sebagai local. Gonza tahun depan local player.”

Kita ada lagi seorang Spanish defender dengan Asian passport by December from La Liga. Untuk maklumat lebih Alistair Edwards akan maklumkan kepada penyokong.”

Berdasarkan kepada komen yang dibuat oleh TMJ itu, perkara paling menarik perhatian peminat bola sepak pasti status pemain Gonzalo Cabrera yang mungkin akan muncul selaku pemain naturalisasi terbaharu tahun hadapan.

Pemain itu telah bersama JDT sejak musim 2017 secara pinjaman sebelum mengisi kuota pemain import AFC menggunakan passport Iraq bermula tahun 2018.

Apakah kita akan menyaksikan Gonzalo Cabrera menyarung jersi skuad kebangsaan mulai tahun 2022, sama-sama kita nantikan.

Sumber : vocketfc