Kehadiran mantapkan TFC musim depan

KUALA TERENGGANU: Pemain kebangsaan Filipina, Luke Woodland menjadi pemain import ketujuh ‘dirantai’ Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd dalam mengharungi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) yang lebih mencab4r musim depan.

Sebelum ini TFC Sdn Bhd sudah meng!kat enam pemain import termasuk bekas peny3rang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

Turut di!kat pemain kelahiran Bahrain, Habib Haroon, Jordan Mintah (Ghana), Argzim Redzovic (Montenegro) dan pemain kelahiran Senegal, Pape Diakite.

Woodland yang sebelum ini ber4ksi bersama kelab Ratchaburi Mitr Phol dalam Liga Thailand dijangka bakal bergandingan dengan Diakite di bent3ng pertahanan.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, pemain berusia 27 tahun kelahiran Abu Dhabi, United Arab Emirates (UAE) itu bakal mengisi kuota Asean.

“Woodland sah menjadi keluarga baharu TFC musim depan, pemain berketinggian 1.83 meter itu akan membarisi bent3ng pertahanan.

“Pemain yang pernah menyarung jersi Kuala Lumpur pada 2019 itu bersetuju menandatangani kontrak selama setahun dan dia bakal memakai jersi nombor 14.

“Kehadiran pemain berdarah kacukan England-Filipina itu diharapkan dapat memberikan impak yang positif buat pasukan terutama di posisi pertahanan dalam misi membvru kedudukan lebih baik dalam sa!ngan Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA selain mengintai peluang ber4ksi dalam pentas Piala AFC musim 2023,” katanya.

Berdasarkan rekod, rakan sepasukan bekas pertahanan TFC, Carli De Murga yang tidak disambung kontrak musim depan meled4k satu gol dalam 11 penampilan bersama kelab dalam Liga Thailand itu musim ini.

Sebelum mewakili Filipina, pemain yang boleh ber4ksi di posisi tengah itu juga pernah menyarung jersi pasukan England Bawah 16, 17 dan 18 tahun sebelum menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Bolton Wanderers pada 2013 hingga 2015 dan kemudian berhijrah ke Filipina pada 2015.

Sumber – BH