Kitar semula? Ini jawapan TFC

Kuala Lumpur: Pemilihan pemain baharu bagi memperkuatkan Terengganu FC adalah berdasarkan pemerh4tian rapi dan perbincangan bersama barisan kejurulatihan demi memastikan skuad mantap dapat dibentuk bagi mengharungi sa!ngan liga pada musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFC), Ab Rasid Bin Jusoh berkata, pemilihan pemain import berdasarkan kepada k3sesuaian mereka bermain dengan strategi yang diterapkan oleh jurulatih.

Beliau berkata, walaupun Terengganu mengambil muka sama iaitu membabitkan awang import dari Kedah Darul Aman FC, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman, pasukan itu turvt membawa masuk pemain baharu seperti Pape Diakite.

“Pemilihan pemain tidak kira sama ada tempatan atau import dicadangkan oleh barisan kejurulatihan dan dibincangkan melalui satu jawatanku4sa teknikal.

“Sudah tentu melalui pemerh4tian secara rapi oleh jurulatih supaya dapat mengikut k3sesuaian corak permainan yang akan diterapkan olehnya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan boleh d!katakan agak suram tanpa kejut4n apabila urusan jual beli pemain import ketika ini dilihat hany4lah membabitkan individu sama saja.

Situasi terbabit bukan hanya membabitkan pasukan kerdil, malah turvt menjangkiti kelab bertaraf gergasi dengan mereka lebih berminat mengambil awang import kitar semula daripada menggajikan individu baharu untuk mengisi k3sebelasan utama.

Pengarah Urusan Action Football Asia Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata, setakat ini tiada lagi pemain import berprofil tinggi dibawa masuk oleh kelab Liga M untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.

Sumber – HM