Masalah gaji tidak akan berulang

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menetapkan bajet RM22 juta untuk menghadapi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan.

Walaupun bajet itu lebih rendah berbanding hampir RM30 juta musim ini, tetapi dengan kecekapan perancangan kewangan yang dirancang dijangka mampu memastikan tiada lagi masal4h kewangan dan tungg4kan gaji berulang.

Keyakinan itu diluahkan oleh Menteri Besar merangkap Presid3n Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebaik tamat mempengerusikan kongres badan induk itu di Wisma Darul Aman, hari ini.

“Berdasarkan lingkungan bajet RM22 juta serta kemampuan yang ada pada KDA FC, maka masal4h isu gaji tidak akan berulang dan jika di luar lingkungan kelab, itu yang menjadi masal4h.

“Insya-Allah dengan lingkungan RM22 juta ke bawah, KDA FC tidak ada masal4h.

“Dulu bukan tak ada duit, tetapi dengan bajet lebih besar sebelum ini, kita terpaksa membayar hutang lama, dan itulah yang menjadi masal4h dan kalau masal4h hutang lama itu sudah tidak ada lagi, InsyaAllah kita boleh.” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KDA FC Khamal Idris Ali turvt melahirkan keyakinan di atas perancangan skuad Hijau Kuning yang lebih baik dan tersusun berbanding musim-musim lalu melalui penjimatan yang dilakukan.

“KDA FC kini hampir lengkap dalam perancangan menyenaraikan semua pemain bagi menghadapi sa!ngan Liga M dan sa!ngan Piala AFC musim depan.

“Pengambilan pemain utama tempatan ada yang datang dari negeri lain dan mereka yang dipilih sudah membuktikan kemampuan dalam Liga Super.

“Jadi, kalau kita hilang dua atau tiga pemain, kita boleh dapat empat atau lima pemain yang berkualiti dan mereka sedang meningkat naik serta boleh mengisi lompong yang kita ada sebelum ini,” katanya.

Sumber – BH