OKS tidak berselindung

KOTA KINABALU: Masih terlalu awal untuk Sabah FC mengumumkan secara rasmi pemain baharu pasukan yang bakal meng!kat kontrak bersama skuad Sang Badak itu dalam sa!ngan Liga Super musim depan.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata senarai rasmi dijangka diketahui awal bulan depan selepas perbincangan dengan pengurusan Sabah FC berkaitan soal peruntukan kewangan kepada pasukan.

Beliau bagaimanapun tidak berselindung mengenai hasratnya ingin membawa masuk pemain berkualiti seperti Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Irfan Fazail dan beberapa pemain lagi bagi memastikan Sabah mampu memberikan sa!ngan kepada pasukan lain.

Namun beliau perlu berbincang dengan pihak pengurusan Sabah FC terlebih dahulu terutama berkaitan bajet pasukan yang diperuntukkan bagi musim depan sebelum membuat keputusan mengenai pemilihan pemain.

Jelasnya, beliau tidak boleh memilih pemain secara sesuka h4ti tanpa mengikut kriteria perbelanjaan yang ditetapkan pihak pengurusan Sabah FC.

“Bagi saya sudah tentu kita inginkan beberapa pemain yang mempunyai mutu permainan yang berkualiti tinggi untuk mencapai keputusan baik dalam sa!ngan Liga Super 2022.

“Pada masa sama kita juga sudah mengenal pasti beberapa pemain tempatan untuk dicadangkan kontrak baharu musim depan berdasarkan kemampuan kewangan Sabah FC.

“Setiap tahun pasti semua kelab akan membeli, menjual atau mengekalkan pemain mereka dan sama juga dengan pasukan Sabah sudah tentu ada pemain yang tidak akan disambung kontrak dan ada juga pemain yang akan disambung kontrak,” kata Kim Swee.

Beliau mengulas khabar angin yang terseb4r di media sosial mengatakan beberapa pemain ternama dari beberapa kelab termasuk Baddrol (Kedah Darul Aman FC) dan Khairul Fahmi (Mel4ka United FC) bakal menyarung jersi Sabah FC musim depan.

Setakat ini katanya khabar angin itu hanya spekulasi yang ditularkan di media sosial kerana beliau belum lagi membuat seb4rang keputusan.

“Apa yang boleh kita kongsikan di sini ialah Sabah FC mel4kukan perancangan rapi untuk mengekalkan beberapa pemain utama yang sudah menunjukkan prestasi yang member4ngsangkan sepanjang musim ini,” katanya.

Sepanjang Liga Super 2021, Sabah FC dibarisi beberapa pemain import tempatan yang tidak kurang hebatnya, seperti Amri Yahyah dan N Thanabalan, selain pemain import antaranya Risto Mitrevski, Park Taesu dan Sadil Ramdani.

Kedudukan mereka dan pemain muda tempatan lain yang diketengahkan Kim Swee ketika 4ksi Piala Malaysia baru-baru ini bakal diketahui pada pengumuman rasmi senarai pemain pasukan musim depan.

Sumber : BH