Perlawanan JDT dan Ratchaburi pertama dalam Sejarah

Thailand merupakan antara negara Asean yang kerap bersaing di pentas tertinggi AFC Champions League (ACL), namun belum pernah bert3ntang mata dengan Malaysia.

Malaysia baru tiga tahun terkini konsisten menghantar wakil iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT). Dalam tahun pertama JDT, mereka diletakkan bersama wakil daripada China, Shandong Luneng, Kashima Antlers (Jepun) dan Gyeongnam FC (Korea Selatan).

Tahun kedua, JDT diundi dalam kumpulan bersama Guangzhou Evergrande (China), Vissel Kobe (Jepun) dan Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan). Begitupun, Harimau Selatan hanya sempat bermain dalam dua perlawanan sahaja.

Selepas itu, pand3mik C0VID-19 melanda dunia seterusnya menyebabkan JDT telah terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan tersebut yang diadakan semula secara setempat di Qatar, atas sebab larangan perjalanan oleh pihak kerajaan.

Bagaimana prestasi JDT berdepan wakil China, Jepun dan Korea Selatan dalam dua edisi sebelum ini? Mereka telah merekodkan dua kemenangan iaitu ke atas Kashima Antlers (1-0) dan Suwon Samsung Bluewings (2-1), kedua-duanya di laman sendiri.

Bakinya, mereka seri sekali dan kalah sebanyak lima kali. Ia bukanlah rekod yang baik, namun, berdepan dengan pasukan-pasukan elit Asia, dua kemenangan itu sudah cukup membuktikan yang JDT sebenarnya mampu memberikan saingan.

Bakal berdepan wakil Thailand buat kali pertama di peringkat kumpulan ACL, apa yang mampu JDT berikan? Untuk rekod, sebelum berjaya melangkah ke peringkat kumpulan ACL, JDT sudah beberapa kali berdepan wakil Thailand di pusingan kelayakan ACL.

Empat tahun wakil Malaysia, JDT berdepan wakil Thailand dan apakah nasib mereka?

Pada 2015, JDT tumbang 0-3 kepada Bangkok Glass di pusingan kedua kelayakan sebelum turun untuk bersaing di Piala AFC dan seterusnya memenangi kejohanan tersebut buat kali pertama. Walaupun gagal, trofi Piala AFC adalah tonik terbaik.

Tahun berikutnya, mereka berjaya mengikat naib juara Thai Premier League (kini Thai League 1), Muangthong United dengan keputusan tanpa jaringan sehingga ke masa tambahan sebelum JDT akhirnya tumpas 0-3 menerusi sepakan penalti.

Edisi 2017, di pusingan kedua kelayakan, JDT akhirnya menang menerusi sepakan penalti dan kali ini kepada Bangkok United dengan keputusan 5-4. Dalam aksi yang diheret sehingga ke masa tambahan, kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1.

Dan pada 2018, mereka bert3mbung sekali lagi dengan wakil Thailand, Muangthong United di pusingan kedua kelayakan, namun kali ini, Harimau Selatan tewas dengan keputusan lebih besar iaitu 2-5 dalam aksi yang berlangsung di Bangkok

Ini merupakan edisi pertama buat Ratchaburi Mitr Phol dalam pentas tertinggi saingan di Asia. Mereka layak ke ACL selepas menduduki kedudukan ke-4 Thai League 2020/21 selepas tamat pusingan pertama saingan liga yang melibatkan 15 perlawanan.

Ratchaburi tiada pengalaman di saingan Asia termasuklah di Piala AFC. Ini kerana, sepanjang bersaing di pentas tertinggi liga sejak 2013, mereka hanya menamatkan musim di kedudukan pertengahan – tertinggi adalah ke-4 pada musim 2014.

Jadi, mungkin inilah peluang buat JDT untuk merekodkan dua kemenangan, jika berdasarkan prestasi dan pengalaman pasukan dijadikan ukuran. Namun, dengan beraksi di tanah air mereka sendiri, Ratchaburi juga boleh menghadirkan anc@man.

Cabaran buat JDT mungkin hadir menerusi pemain yang pernah beraksi di pentas UEFA Champions League 2010/11 bersama Auxerre iaitu pemain sayap dan kapten mereka, Steeven Langil. Beliau adalah arkitek dan penjaring gol buat The Dragon.

Mereka juga ada tarikan untuk penyokong turun ke stadium iaitu pemain baharu yang juga seorang pelakon, Phakin Khamwilaisak atau nama glamornya Tono. Mungkin beliau lebih kepada tarikan untuk para penyokong hadir ke Stadium Mitr Phol.

Sumber : padunetwork