Reaksi Safawi Rashid

SINGAPURA: Penjaring hatrik negara, Safawi Rasid mengakui sokongan dan dorongan daripada rakan sepasukan membolehkan dia kembali b4ngkit sekali gus membantu skuad Harimau Malaya mel4kar kemenangan besar 4-0 ke atas Laos pada sa!ngan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, di sini sebentar tadi.

Safawi, 24, meled4k tiga gol masing-masing pada minit keenam, 34 dan 80, manakala satu lagi gol disumbangkan tonggak pertahanan negara, Shahrul Saad untuk melengkapkan hari gemilang buat Malaysia.

“Bagi saya sebelum ini saya tak pernah cakap yang saya bintang dan boleh semak temubual saya sebelum ini. Rakan-rakan sepasukanlah buatkan saya kembali semula.

“Terima kasih kepada Allah. Syukur saya kembali menemui semula prestasi dan saya perlu terus tingkatkan permainan saya untuk 4ksi-4ksi berikutnya,” katanya pada sidang media selepas perlaw4nan.

Dengan tiga gol yang dicetak Safawi, dia kini adalah pendahulu penjaring terbanyak kejohanan dengan empat gol selepas turvt menemui jaring ketika 4ksi pertama menent4ng Kemboja menerusi kemenangan 3-1 Isnin lalu.

Dia kini berpeluang untuk mer3but Anugerah Kasut Emas yang kali terakhir dimenangi pemain negara pada kempen 2010 menerusi Safee Sali.

Malah, tahun berken4an adalah memori indah buat skuad Harimau Malaya yang menjulang Piala AFF buat pertama kali dan mungkinkah skuad kendalian Tan Cheng Hoe berpeluang memb0lot dua trofi iaitu Piala AFF dan Kasut Emas.

Hasil kejayaan mengutip tiga mata itu, skuad negara kini memimpin carta Kumpulan B dengan enam mata.

Selepas ini, Malaysia akan berd3pan juara bert4han Vietnam di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.

Sumber : bharian