Sah Tinggalkan Perak?

Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad menjadi bualan peminat bola sepak tempatan hari ini apabila dilaporkan bakal menyertai Sri Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada pihak kelab, beberapa portal media di laman sosial mula mengesahkan mengenai perpindahan itu. Difahamkan, Shahrul Saad sudah pun dihubungi oleh individu penting daripada pasukan tersebut.

Perpindahan tersebut juga mempunyai kaitan dengan isu tungg4kan gaji yang sedang melanda pasukan Perak sehingga memaksa para pemain menimbangkan keputusan untuk angkat kaki demi masa depan mereka.

Jika Shahrul Saad menyertai Sri Pahang, beliau dijangka akan menggantikan tempat Herold Goulon berganding dengan Muslim Ahmad untuk memperkuatkan benteng pertahanan.

Skuad tok gajah turut mengambil langkah drastik pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim 2021 yang dibuka semalam apabila menandatangani empat pemain import baharu iaitu Aung Kaung Mann (Myanmar), Yakubu Abudbakar (Ghana), Kenny Athiu (Sudan/Australia) dan Manuel Hidalgo (Argentina).

Langkah tersebut dilakukan untuk menyelam4tkan kelab dari Pantai Timur itu daripada tersingkir ke Liga Premier musim depan.

Peminat juga tidak menolak kemungkinan Herold Goulon bakal digvgurkan kerana difahamkan mengalami keced3raan h4mstring sejak minggu lepas manakala Lee Tuck akan dikekalkan atau dipinjamkan ke pasukan lain.

Sumber : vocketfc