Seorang pemain dari sebuah pasukan utara dalam radar JDT

Johor Bahru: Sudah ada perancangan rapi yang sedang rancak dilakukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi memperkukuhkan pasukan dalam mengharungi kempen Liga Malaysia dan sa!ngan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Selepas mengumumkan Gonzalo Cabrera tidak lagi bersama skuad Harimau Selatan pada musim depan, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest tampil membuat kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers apabila menges4hkan kelab berken4an sedang dalam rundingan untuk menandatangani seorang pemain tempatan dan empat pemain luar negara bagi musim 2022.

“Nathaniel Shio Hong Wan iaitu bekas pemain Wolverhampton Wanderers sudah menerima pasport Malaysia dan pemain itu akan memperkuatkan skuad JDT pada musim depan.

“Kelab juga memutvskan untuk melepaskan Gonzalo (Cabrera) dan akan mengekalkan k3semua pemain luar negara yang lain dalam skuad senior. Seorang daripada empat pemain luar negara yang baharu akan digandingkan dengan Bergson (da Silva) manakala yang tiga lagi pemain akan diserapkan ke JDT II dan akan digunakan dalam sistem penggiliran pemain,” kata Priest.

Pengumuman itu bagaikan menges4hkan kelib4t Fernando Rodriguez yang muncul antara penjaring terbanyak Liga Perdana, Nicolas Fernandez dan Kei Hirose kemungkinan tiada perancangan untuk JDT II pada musim depan.

Prest juga menges4hkan bekas kapten JDT II, Irfan Fazail dan Stuart Wilkins akan dipinjamkan ke Sabah FC manakala pemain pertahanan JDT II, Fadhli Shas dan pemain bek kiri, Syazwan Andik Mohd Ishak turvt dipinjamkan ke Mel4ka United FC.

“JDT juga sedang berbincang dengan beberapa kelab untuk meminjamkan Syafiq (Ahmad). Selain itu kelab juga akan merekrut Endrick dos Santos pada musim 2023 dengan kemungkinan pemain itu akan dinatur4lisasikan.

“Kelab telah membuat keputusan untuk hanya menatur4lisasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang,” kata Prest dalam kenyataan itu.

Sumber : HM