Status terbaharu Sumareh

Kuala Lumpur: Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh berkongsi kegembiraan di laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambar dia menyarung cincin di tangan seorang gadis berserta tulisan: Mood sekarang: bertunang.

Khabar gembira itu pantas menarik perhatian rakan sepasukan di Johor Darul Ta’zim (JDT) dan beberapa pemain lain seperti Liridon Krasniqi dan pemain Sri Pahang, Lee Tuck yang mengucapkan tahniah kepada Sumareh.