Terima tajaan jutaan ringgit daripada jenama terkenal dunia

Kuala Terengganu: Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd menerima tajaan berjumlah RM2 juta daripada pembekal barangan sukan antarabangsa, Umbro hari ini.

Pengurus penjenamaan Umbro Malaysia, Anwar Mamtaj menjelaskan jumlah penajaan itu adalah selama dua musim sehingga 2023.

Katanya, tajaan pertama dan terbesar musim ini kepada skuad Penyu itu berdasarkan nilai komersial yang tinggi sekali gus menjadi daya pen4rik buat Umbro tampil sebagai penaja.

“Umbro melihat prospek pemasaran yang tinggi daripada pasukan itu dengan peminat setia serta pengikut sukan bola sepak yang hebat kepada skuad ini.

“Jadi Umbro tampil untuk menaja pasukan ini selama dua tahun dengan peruntukan RM1 juta bagi setiap musim, tajaan ini adalah yang terbesar pernah dikeluarkan Umbro kepada kelab bola sepak dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Besar harapan kami untuk melihat skuad kendalian Nafuzi Zain ini dapat mengecapi kejayaan yang lebih baik berbanding musim lalu,” katanya selepas selesai menandatangani perjanjian dengan TFC Sdn Bhd di pejabat kelab itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, syar!kat Umbro yang juga jenama antarabangsa dipilih melalui proses tender terbuka yang dibuat sejak Jun tahun lalu.

“Kami begitu berbangga dapat berkerja sama dengan Umbro yang bukan sahaja jenama terk3nal dalam negara malah di peringkat antarabangsa sebagai pembekal peralatan sukan.

“Selain dapat membantu meningkatkan lagi nilai komersial TFC, kami juga turvt mengharapkan kerjasama ini dapat melonjakkan semangat pemain dan juga peminat setia.

“Selain itu ianya bakal merancakkan lagi industri bola sepak negeri kerana misi kita selain untuk mencapai kedudukan lebih baik berbanding tahun lalu, kami juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti yang bukan sahaja dapat mewakili pasukan negeri tapi juga skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Beliau berkata, TFC Sdn Bhd menyasarkan untuk mendapatkan penajaan berjumlah RM25 juta bagi menampung perbelanjaan pasukan dari Terengganu bagi musim 2022.

Sumber – HM