Antara faktor pemain ini tinggalkan JDT sertai TFC

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Muhammad Adib Zainuddin menjadi pemain tempatan pertama di!kat Terengganu FC (TFC) bagi mengukuhkan bent3ng pertahanan skuad itu musim depan.

Bekas kapten skuad kebangsaan Bawah 22 Tahun (B-23) kebangsaan kelahiran Mersing, Johor itu meng!kat kontrak selama dua musim bersama skuad kendalian Nafuzi Zain itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, kehadiran bekas tonggak skuad Harimau Malaya itu bakal memberi impak besar pada bent3ng pertahanan bagi menggantikan tempat Muhammad Mohd Fauzi yang memilih untuk berhijrah dengan pasukan lain musim depan.

“Muhammad Adib menjadi pemain tempatan pertama yang kita tandatangani sebagai persediaan menjelang 4ksi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Kehadiran pemain tinggi lampai itu diharapkan dapat memberikan variasi di jent3ra pertahanan sekali gus dapat memantapkan lagi kubu pasukan dalam misi membvru kedudukan lebih baik dalam Liga Super dan Piala Malaysia musim depan,” katanya.

Ab Rasid berkata, pemain berusia 26 tahun itu memilih TFC disebabkan beberapa faktor termasuk berkeyakinan skuad Penyu itu mampu menjadi sal4h satu pencab4r terkuat sebagaimana musim ini.

Berdasarkan rekod, pemain itu pernah menyarung jersi pasukan Harimau Muda C, UiTM, FELCRA FC dan pasukan kebangsaan sebelum kembali bersama pasukan negeri kelahirannya pada 2018.

Pemain itu dijangka bergandingan dengan pertahanan import yang masih lagi menjadi bvruan skuad itu selain pertahanan sedia ada kelahiran Kelantan, Shahrul Nizam Ros Hasni.

Sumber : BH