Ubah hala tuju

Kuala Lumpur: Bekas pemain berbakat kebangsaan, Fazly Mazlan akhirnya menam4tkan teka-teki masa depannya apabila secara rasmi menyertai Selangor FC musim depan.

Fazly, 28, yang dianggap tonggak utama kepada kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala AFC pada 2015 lalu adalah antara tonggak pertahanan kiri paling berbakat pernah dilahirkan negara.

Dia yang berasal dari Klang sudah mel4kukan penampilan bersama pasukan senior Harimau Malaya pada November 2015 sewaktu usianya 21 tahun adalah antara pemain muda yang berjaya membuat 15 penampilan pada ketika itu.

Jelasnya, dia memilih Selangor FC dengan misi untuk membantu pasukan meraih trofi dan berharap penyokong akan terus berikan sokongan kepadanya.

“Selangor FC dan saya memiliki misi yang sama iaitu kami ingin menang sesuatu di sini, Insya Allah saya akan buat yang terbaik untuk kelab ini bagi mencapai misi itu,” katanya yang lebih diken4li dengan panggilan BJ.

“Saya berharap penyokong akan terus berikan sokongan kepada pasukan walaupun ketika kami j4tuh kerana itu adalah pembakar semangat untuk kami terus berjuang,” katanya.

Untuk rekod, Fazly adalah pemain terbaru kelima yang diperken4lkan untuk membarisi pasukan utama selepas Red Giants memperken4lkan Samuel Somerville, Yazan Al-Arab, Baha’ Abdelrahman dan Zahril Zabri.

Sumber – HM